YUNakira.CoM

explanation with thinking but sometimes forgotten...

"the greatest thinking with a half emotion"

Kusangkakan panas sampai ke petang,rupanya…

Manusia tak terlepas daripada masalah,kadang2 membuatkan diri terasa lemah dan kehilangan.tidak semua yg berlaku adalah dengan kehendak diri.kerana itulah yg dipanggil takdir dan itulah dia "hujan yg turun diwaktu petang" bila hati dan firasat amat kuat mengatakan hari itu tidak hujan sama sekali…

Tapi apakan daya, manusia tidak dicipta untuk mencipta dan menentukan kecuali manusia itu seorang ahli saintis hebat dan dilantik sebagai pengadil perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Manchester united yg semestinya berpihak kepada Liverpool. Jangan marah wahai peminat man U.

Tiada salahnya manusia itu memberontak asalkan tidak menyalahi hukum dan undang2 Malaysia. Tapi harus diingat bahawa pemberontakan itu adalah salah disisi undang2..tuhan menganugerahkan kita mata dan hati untuk bertindak bukan secara membuta tuli. Tapi hati yg putih bersih itu harus menilai mana yg baik dan mana yg mendatangkan haru biru.

Kematangan bukan datang daripada ketuaan umur manusia. Pengalaman yg ditimba berbakul2 dan berbaldi2 menjadi penentu segala. Benarlah apa yg dkatakan, jauh perjalanan luas pemandangan. Bertindak matang didalam hidup mendatangkan sejahtera kepada diri sendiri dan manusia sekeliling. Berfikir kebaikan untuk sekali ini pasti akan menjauhkan seribu kali keburukan yg bakal menimpa.

Aku berfikir sejenak…adakalanya aku mengguris perasaan manusia lain yg berada disekeliling. Bila kita berfikir tentang manusia lain yg tidak mengendahkan kewujudan kita sebagai manusia seperti mereka. Apakah harus kejahilan itu dibalas dengan kejahilan?

Sejauh mana pun sirih itu dibawa pasti akan tetap pulang ke gagang. Sejauh mana manusia itu melarikan diri daripada masalah pasti satu hari dia akan terfikir untuk menyelesaikan masalahnya. Tetapi manusia itu pada zahirnya sangat jahil dan tidak sempurna.hanya mencari jalan pintas dan membiarkan manusia2 lain yg malang menyelesaikannya untuk mereka. Tidakkah mereka merasa sangat tidak berguna?

Kadang2 hanya kerana dendam dan sengsara yg bergelumang sepanjang hidup menyebabkan sepasang teman karib sudah tidak seperti dulu. Manusia terlalu tipikal. Membiarkan segalanya terpendam sendiri menjadi sekam di hati. Kerana harus jadi begini wahai sahabat bersahabat. Dimana kamu simpan kenangan kamu? Baru aku faham kenapa manusia itu kadang kala dijadikan tidak faham dan blur dengan apa yg berlaku disekeliling. Seperti aku disaat ini…

Semua manusia pun faham…hidup sebagai pelajar diulit mimpi bagi mereka yg kuat tidur. Ada sesetengahnya diulit dengan intan berlian jika hidupnya sebagai pelajar yg ditaja. Ada juga yg diulit kebahagiaan apabila rakan2 disekeliling. Rakan?walaupun begitu, masih ada yg tidak mampu menghargai tiap bait kata seorang rakan kepada dirinya. Gagal menerima kelemahan diri dan teguran insane tersayang. Semua itu tiada didalam syllabus pembelajaran di university.

Mentaliti. Walaupun manusia itu berpelajaran tinggi dan terbuka mindanya dek kerana pengalaman berbakul2, kerana mentality yg telah bersarang dan menjadi tukun di kepala, semua itu tidak memustahilkan manusia melakukan kesilapan tafsiran dan pemikiran. Jangan tipulah jika manusia mahu mengatakan "kami tiada mentality negative sebegitu, yunakira". Sebagai manusia yg mempunyai "itu" aku tidak termakan kata2 manusia penipu. Ya, aku terluka dengan apa yg berlaku. Segalanya…disekeliling aku membuatkn aku terfikir sejenak…kenapa manusia sebegini rupa…

0 kata kesat:

Post a Comment

sila isi borang ulasan tanpa banyak alasan.kemalasan membawa padah!anda komen saya,saya pasti akan komen anda semula.u give i take,i give u got what i give to u.am i right?

jom shopping!!!

berminat dengan tudung bersulam?inginkan dengan harga yg berpatutan dan berkualiti tinggi?sila dapatkan dengan segera selagi stok masih ada!(klik sini)untuk tempahan.sebarang masalah sila berhubung dengan tuan rumah.sokonglah perniagaan di blogger!terima kasih

Followers

My Blog List