YUNakira.CoM

explanation with thinking but sometimes forgotten...

"the greatest thinking with a half emotion"

Perkara yg tidak digemari kaum wanita terhadap lelaki

Hari tu aku ade terbaca satu artikel yg berkaitan dengan wanita.die tulis kat situ,wanita ni mempunyai citarasa dan perkara-perkara sensitive berkaitan lelaki terutamanya di dalam perhubungan sesama mereka.senang cerita sebagai pasangan yg hangat bercinta la…itu versi mereka atau boleh dipanggil umum.macam mana dengan anda?mesti setiap wanita mempunyai perasaan yg berbeza-beza bukan?macam aku juga mempunyai rasa dan anggapan yg berbeza.mari kita lihat siapa yg kena!hehe…

  1. Panas baran:

Berdasarkan pengalaman di dalam keluarga aku,aku sangat fobia dengan perangai panas baran ni.tak perlu untuk diperkatakan disini siapa yg panas baran didalam keluarga aku,aku rasa perasaan ini harus dikikis oleh setiap lelaki di dunia.takkan kalau marah sekalipon sampai nak belasah,cekik,terajang,sepak,penampar dan sebagainya yg kalau terkena bontot boleh patah dibuatnya.takkan nak tunggu bontot wanita patah seuanya baru nak berubah cik abang oi…kamu juga yg rugi.

  1. Perasan hensem:

Tak perlu kot nak cover hensem kat depan aku.bagi aku fizikal tu tak penting sangat kalau nak dibandingkan dengan perangai yg caring,loving and bertimbangrasa.agak2 kalo ge pasar senang-senang boleh timbang dan rasa.untung badan…tapi bile fikir2 balik,kesian pulak kat anak-anak aku kalau aku kawen dengan muke pecah rumah.silap2 aku dipersalahkan sebab kawen dengan org tak hensem macam bapak die.maka disini,kalau dah tau hensem tu tak payah nak cover2 dan perasan yg semua wanita yg melihat dia akan tertarik dan tertawan.even kalau aku sendiri tertawan dan jatuh cinta sekalipn takde maknenye aku akan melutut depan kau merayu mintak kapel dengan aku ok…

  1. Suka menengking atau meninggikan suara:

Lelaki kalau marah sekalipon,tolong jangan menengking wanita macam aku ni ye.sebenarnya aku kalau org tak tengking pon dah boleh mengalir air mata ni.lihatlah betapa halusnya perasaan dan hati seorang wanita.bukan nak suruh cakap slow2 dan memujuk sakan,tapi sekurang2nye bertanyakan masalah dan cari penyelesaian dengan berhemah.kalau ah mara sangat dan meluat dengan rajuk si buah hati tu,clash je la…

  1. Mementingkan kawan dan keluarga melebih2:

Aku tahu kamu pon lelaki ada teman rapat dan keluarga tercinta.tapi jangan lupa aku sebagai wanita ni juga ada teman rapat dan keluarga.jangan sesekali berceritakan atau membandingkan aku dengan mereka yg kamu sayangi.cuba kalau aku cerita pasal keluarga tak kira masa dan ketika.kamu rase penat dan jemu?begitu juga aku…

  1. Tidak menepati janji:

Aku berjiwa sensitive.bila lelaki berjanji,aku akan tuntuti.bila aku berjanji,aku akan tepati.sejujurnya aku akan sangat kecewa pabila janji itu tidak ditepati.oops!ini bukan berlaku dalam perhubungan cinta saje ya.persahabatan juga kadang kala mendatangkan persilisihan faham bila janji tidak dikota.

  1. Tidak menghargai:

Harapkan pagar,pagar tak boleh harap.lelaki yg tidak tahu menghargai segala benda yg terdapat disekelilingnya adalah lelaki yg tidak boleh diharap,tak guna,rosak,porak poranda,lembik,lemah tenaga dan segala rasa yg seangkatan dengannya.baginya semua yg dilakukan adalah salah disisi undang2 dan agama.tidak mengikut kehendak dan ianya satu pembaziran.sedar2lah sikit yg kamu tu bukan bagus sangat pon untuk mengharapkan sesuatu yg sangat berharga daripada wanita.sayang tak semestinya memberikan apa yg kamu mahukan.ini senang2 je nak reject or komen menjatuhkan semangat dan rasa berkobar2 si jantung hati kamu tu kononnya.

  1. Tidak setia:

Ini adalah ciri2 lelaki yg terakhir yg aku sangat anti sekali.ya aku tau apabila berkahwin,100% kemungkinan lelaki itu akan menduakan isterinya.dimana aku mendapat statistic ini?aku reka sendiri berdasarkan pengalaman aku.lelaki sangat kejam bila tidak setia bagi aku.kalau bab kawen mahu saja ikut sunah nabi.kalau bab sembahyang tolak tepi!apa jua balasan tuhan kepada si isteri yg memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwen lain(payung emas)aku tak nak!tak rela ok…dalam bercinta pon sama juga.jangan sampai aku tahu kamu berpacaran lebih dari satu.nahas kamu…jumpa dikedai makan aku akan aku siram kedua2nya sampai basah kuyup.aku tampar2 muka kedua pasangan bahagia tersebut.tak cukup lagi?kaki la gamaknya…huh

Bagaimana?relevant tak dengan apa yg aku tidak gemarkan tentang lelaki yg wujud dalam hidup aku?sebenarnya ada banyak lagi seperti suka mengambil kesempatan,pengecut,tidak menghormati wanita,suka bercakap besar dan sebagainya.tapi aku tahu setiap menusia itu tidak sempurna.cukuplah dengan apa yg aku perkatakan diatas.kesian plak…

*aku tau aku di tag oleh suhaila…next entry ye.hehe…insyaAllah…bye

2 kata kesat:

chentaMAYA March 28, 2009 at 4:53 PM  

aq setuju ngn k0!
hahahah!~

Tuyunz April 4, 2009 at 2:22 AM  

chentaMAYA>>>masalahnye lelaki ni slalu je nak menegakkan benang yg basah.huh

Post a Comment

sila isi borang ulasan tanpa banyak alasan.kemalasan membawa padah!anda komen saya,saya pasti akan komen anda semula.u give i take,i give u got what i give to u.am i right?

jom shopping!!!

berminat dengan tudung bersulam?inginkan dengan harga yg berpatutan dan berkualiti tinggi?sila dapatkan dengan segera selagi stok masih ada!(klik sini)untuk tempahan.sebarang masalah sila berhubung dengan tuan rumah.sokonglah perniagaan di blogger!terima kasih

Followers

My Blog List